Tutup

Gabungan Umno dan Pas tak akan dapat kuasai Malaysia

Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu yakin kerjasama antara Umno dan Pas tidak mampu untuk merampas pentadbiran dari Pakatan Harapan. Bagaimanapun, beliau yakin pada peringkat awal, gabungan dua parti terbesar orang Melayu itu mampu memberi kesan terhadap PH. Tetapi dalam tempoh tiga tahun gabungan Umno dan Pas akan semakin longgar, PH pula terus menguasai pentadbiran negara.