Gabungan UMNO, Pas bukan faktor kemenangan Tok Mat

Gabungan Barisan Nasional dan Pas, dikatakan tidak banyak membantu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau. Menurut Pengerusi Parti Keadailan Rakyat Kedah, Datuk Johari Abdul, logiknya majoriti kemenangan masih setara berbanding pilihan raya umum ke-13. Persoalannya di manakah penyokong pas yang dikatakan memberi kelebihan kepada Tok Mat untuk meraih majoriti yang lebih besar berbanding yang terdahulu.