Tutup

Gadis London hilang, polis lancar pencarian

Pihak polis daerah Nilai melancarkan siasatan berhubung kehilangan seorang remaja perempuan dari london ketika bercuti bersama keluarganya di Resort The Dusun Pantai Hill. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee besar berkata, polis menerima laporan mengenai kehilangan Nora Quoirin, 15 tahun, pada jam 1.30 petang Ahad.