Tutup

Gagal dapat keputusan PT3 terbaik, bukan penghalang capai cita-cita

Tidak mendapat keputusan seperti diharapkan dalam Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak mematahkan semangat pelajar dari Pulau Pinang, untuk meneruskan cita-cita menjadi seorang doktor. Nur Asyikin Abdullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) St George, Pulau Pinang , berkata, biarpun agak kecewa dengan keputusan , namun dia tetap redha dan percaya dengan rezeki tuhan.