Gajah Pygmy makin 'hilang'

Sehingga awal bulan ini, 20 kes kematian gajah Pygmy Borneo direkodkan di seluruh negeri Sabah. Ini termasuk satu kes terbaharu melibatkan seekor anak gajah jantan berusia 2 tahun di Hutan Simpan Taliwas, Lahad Datu, akibat terkena jerat pemburu. Kematian mendadak gajah-gajah ini sekaligus menyebabkan populasi gajah yang hanya dapat ditemui di negeri di bawah bayu itu makin terancam. Sempena Hari Gajah Sedunia, mari kita lihat apakah nasib gajah-gajah Pygmy ini.