Tutup

Gangguan operasi KLIA, setakat ini tiada bukti unsur sabotaj

Siasatan terhadap gangguan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendapati tiada petunjuk berlakunya sabotaj. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, bagaimanapun pihaknya masih mendalami kes itu berdasarkan keterangan diambil daripada semua pihak.