Tutup

Gangguan rangkaian operasi KLIA dalam peringkat akhir siasatan

Polis kini dalam peringkat akhir siasatan berhubung kes gangguan rangkaian operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akhir Ogos lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya kini hanya menunggu laporan teknikal daripada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Cybersecurity Malaysia (Cybersecurity) dan forensik Polis diRaja Malaysia (PDRM).