Garis Panduan Standard Filem Penghadang Haba berkuatkuasa 20 Jun

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberi tempoh setahun kepada pihak berkaitan bagi mematuhi Garis Panduan Standard Filem Penghadang Haba Kenderaan. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan berkuatkuasa 20 Jun, pihak industri boleh mendaftar secara sukarela. Katanya, garis panduan itu bertujuan memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran, pengedaran termasuk import, eksport dan peruncit filem penghadang haba kenderaan di negara ini.