Video  |  Dunia

Gempa bumi Sumatera

Satu gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.5 melanda selatan Sumatera pada pukul 11.16 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, mengesahkan tiada ancaman tsunami ekoran gempa itu. Satu kenyataan daripada Jabatan itu juga menyebut pusat gempa itu terletak 776 kilometer barat daya Pontian, Johor.