Gempa gegarkan Selatan Filipina

Gempa bumi berkekuatan 6.9 magnitud menggegarkan Selatan Filipina, namun masih belum ada sebarang laporan tentang korban jiwa atau kemusnahan harta benda. Gempa di Pulau Mindanao yang berpusat di 193 kilometer (KM) di timur Bandar General Santos dan berkedalaman 60km itu disahkan oleh Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).