Tutup

Gempa Ranau: Kerajaan tetapkan SOP baharu gempa bumi

Kerajaan telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) baharu untuk kejadian gempa bumi bagi semua kawasan pergunungan yang berisiko. Menurut SOP terbaharu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini akan memberi maklumat kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) apabila gegaran mencatatkan ukuran sekurang-kurangnya 5.0 pada skala Richter.