Tutup

Gen-Y jangan mudah terpedaya janji manis pihak mahu berkuasa

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat terutama generasi muda agar tidak mudah terpedaya dengan janji manis pihak tertentu yang hanya mahu berkuasa, tetapi akhirnya tidak menunaikan janji mereka. Menggunakan falsafah Melayu 'dengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan', Perdana Menteri menegaskan mereka yang menjanjikan pelbagai perkara itu belum tentu dapat membawa perubahan kepada kesejahteraan rakyat.