Geng curi motosikal tumpas

Polis Pulau Pinang berjaya tumpaskan kegiatan mencuri motosikal Yamaha Y15 di sekitar Seberang Perai Utara yang didalangi seorang lelaki yang masih di bawah pengawasan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA). Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata kegiatan itu dilakukan sejak sebulan lalu secara berkumpulan.