Geng plastik hitam, bertaubatlah - Mufti Kedah

Kumpulan yang sering ponteng puasa atau lebih popular dengan nama geng plastik hitam diseru agar segera bertaubat serta tidak sesekali melakukan dosa berganda dengan makan di kedai bukan Islam yang dkhuatiri tidak mematuhi syarak dan tidak halal. Mufti Kedah, Datuk Sheikh Fadzil Awang membuat tegasan itu susulan siri laporan serta tangkapan kumpulan terbabit sepanjang 10 hari pertama Ramadan terutama di Kedah.