Genting Malaysia sahkan beli kapal mewah Equanimity

Genting Malaysia Bhd mengesahkan pembelian kapal mewah Equanimity Bersama Bunker, bahan api, pelincir dan barangan sedia ada di atas kapal itu dengan pertimbangan harga 126 juta dolar iaitu bersamaan RM514.6 juta. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia syarikat itu memaklumkan pada 26 Mac 2019, ia membuat tawaran ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membeli kapal mewah itu.