Tutup

Gerakan pilih Wendy bukan sebab dia cantik - Dominic

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menegaskan pemilihan Timbalan Setiausaha Agungnya Wendy Subramaniam sebagai calon untuk PRK Tanjung Piai bukan disebabkan kecantikannya. Tetapi, jelasnya lagi, pemilihan itu atas beberapa faktor, antaranya, komitmen wanita berusia 38 tahun itu terhadap parti, agresif dalam memperjuangkan isu setempat, serta komited untuk berkhidmat kepada rakyat.