Giliran MP Tanah Merah keluar UMNO

Bagi anggota Parlimen Tanah Merah yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz tindakannya keluar UMNO diambil demi masa depan penduduk Tanah Merah selain mahu mengembalikan kuasa Melayu dan Islam. Beliau umum keluar UMNO dan menjadi anggota bebas berkuatkuasa serta-merta. Di hadapan sekitar 800 penyokong dan pimpinan UMNO Tanah Merah.