"GLC banyak dah tidoq, sekarang semua sudah bangun" - Dr Yusuf Shaari

Cadangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini supaya eksekutif Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) tidak lagi dibayar gaji besar dan mewah tanpa mengira prestasi syarikat mampu meningkatkan daya saing syarikat dengan lebih berkesan. Di bawah sistem pengurusan yang berdaya saing, saranan Tun Dr Mahathir itu jika dilaksanakan bukan sahaja mampu menjadikan GLC lebih kompetitif malah dapat membantu meningkatkan pendapatan negara secara menyeluruh. Dr Yusuf Shaari, Pensyarah Ekonomi UPM berkata, GLC dilihat sudah bangun sekarang ini, yang dilihat tidur sebelum ini. Beliau berkata pada program khas menjelang setahun Malaysia Baru, terbitan Astro AWANI.