Video  | Bisnes

GLCTP: Membawa Malaysia ke peringkat antarabangsa

Rosmanizam Dali dan Kamarul Bahrin Haron menemubual tokoh-tokoh yang bertanggungjawab dalam Program Transformasi GLC, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Tan Sri Azman Mokhtar dan Izani Ashari dari Khazanah Nasional Berhad; sekretariat kepada "Putrajaya Committee for GLC High Performance". Transformasi GLC kepada entiti-entiti berprestasi tinggi adalah kritikal dalam memacu ekonomi Malaysia serta kebaikan masa depan negara. Diumumkan pada 2004 serta dilancarkan pada 2005, Program Transformasi GLC telahpun tamat pada 28 Julai 2015. IKUTI EPISOD TEMUBUAL KHAS SELAMA SEJAM DALAM "TRIBUTE TO GLCs", 1230PM RABU 6th APRIL 2016 DAN SIARAN ULANGAN 930PM HANYA DI ASTRO AWANI.