Tutup

Go-Jek: Keselamatan wanita, kanak-kanak jadi keutamaan

Aspek keselamatan bagi melindungi wanita, kanak-kanak dan golongan kurang upaya perlu diberi keutamaan sekiranya perkhidmatan teksi motosikal seperti Go-Jek dilaksanakan di negara ini. Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh pihaknya akan memperincikan mekanisme dan cadangan berkaitan selepas menerima butiran lengkap daripada Kementerian Pengangkutan.