Google mengenang Sudirman sempena hari kelahirannya

Siapa yang tidak mengenali figura penyanyi era 80-an, Datuk Sudirman Haji Arshad yang pernah memeriahkan industri muzik tanah air suatu ketika dahulu? Syarikat laman carian Google hari ini, membuat satu Doodle atau Ilustrasi Khas sempena hari kelahiran ikon muzik itu.