Gotong-royong perangi Aedes

Berikutan peningkatan penularan kes denggi baru-baru ini, pihak Kementerian Kesihatan dengan penuh komitmen menjalankan pelbagai inisiatif bagi membasmi penyakit yang berpunca dari nyamuk Aedes. Pagi ini, program gotong royong perangi Aedes peringkat kebangsaan 1.0 telah diadakan bertempat di PPR Seri Alam, Cheras. Untuk butiran lanjut, kita bersama wartawan, Afiq Ariffin di lokasi berkenaan.