Tutup

GPS: Parti tempatan untuk kepentingan tempatan

Pelancaran logo Gabungan Parti Sarawak secara rasminya menjadi asas kepada parti tempatan untuk perjuangankan kepentingan negeri. Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Tun Openg berkata, logo yang menggunakan burung kenyalang yang merupakan spesies terlindung itu memberi perlambagan bagaimana GPS akan mempertahankan hak rakyat dan negeri Sarawak.