Grab beri jaminan tidak naikkan caj akibat monopoli - Nancy

Syarikat perkhidmatan e-Hailing, Grabcar memberi jaminan tidak akan menaikkan caj perkhidmatan selepas mengambil alih Uber. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri pihaknya melalui Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MYCC) akan menggunakan akta sedia ada sekiranya ia berlaku.