Syarikat e-hailing terbesar Asia Tenggara, Grab mendedahkan bahawa syarikat itu menjadi penyumbang ekonomi di Asia Tenggara dengan anggaran RM24.2 billion, dalam tempoh setahun. Jumlah laporan itu berdasarkan kepada tinjauan yang dibuat oleh pihak juruaudit, KPMG yang menunjukkan pencapaian grab bermula pada Mac 2018 sehingga Mac tahun ini.