Video  |  Malaysia

Grab, Uber bakal jadi perkhidmatan sah

Perkhidmatan 'e-hailing' seperti uber dan grabcar bakal menjadi perkhidmatan yang sah apabila rang undang-undang lembaga pelesenan kenderaan perdagangan (Pindaan) 2017 diluluskan kelak. Rang undang-undang itu dibentangkan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Syukri untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.