Great Return March: Perhimpunan rakyat Palestin terhadap Israel

Mukmin Faiz bukan satu nama besar atau dikenali di persada dunia. Namun, semangat juang beliau mampu mencetuskan inspirasi menerusi lensanya. Jurugambar kelahiran Gaza yang dibawa khas Aman Palestin Berhad itu menceritakan pengalaman melihat sendiri keperitan serta kesengsaraan yang dilalui rakyat negara itu ketika menyertai himpunan Great Return March.