GRO pengedar dadah dicekup

Seorang GRO warga Vietnam dan kekasihnya yang dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah, ditahan dalam satu serbuan di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur Khamis lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kedua-dua suspek berusia 24 dan 29 tahun itu ditahan dalam operasi khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur sekitar jam 1 pagi.