Guan Eng 'basuh' Ahmad Maslan

Persidangan Dewan Rakyat hari ini terus hangat dengan perbahasan melibatkan hutang dan prestasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Isu tersebut menjadi bahan pertikaman lidah antara Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan. Jelas Guan Eng, Ahmad dilihat bermati-matian mempertahankan kenyataan yang dibuat Datuk Seri Najib Razak dan Arul Kanda berkaitan 1MDB sebelum ini.