Tutup

Guan Eng dan Phang Li Koon bebas daripada tuduhan rasuah

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon daripada dua pertuduhan rasuah serta salah guna kuasa membabitkan pembelian banglo di Jalan Pinhorn bawah harga pasaran. Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang setelah pihak pendakwaan bersetuju menarik semula semua pertuduhan terhadap mereka.