Tutup

Guna bas ekspres bawa ketum bagi elak polis

Tindakan seorang penumpang bas ekspres yang membawa bekalan air ketum ketika menaiki bas membawa padah apabila dia ditahan dalam Operasi Penguatkuasaan Trafik Pihak Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Stesen Timbang JPJ Tanah Putih di Gua Musang, Kelantan malam tadi. Ketagihan air ketum yang melampau dipercayai menyebabkan lelaki berusia 30-an membawa bekalan air ketum yang diproses sendiri ketika menaiki bas dari perjalanan dari Kota Bharu ke Gua Musang.