Tutup

Guru Kafa maut kemalangan, anak cedera parah

Seorang guru kelas Al-Quran dan Fardu Ain maut manakala anaknya parah dalam kemalangan di Kampung Kenor Kuala Krai, Kota Bharu awal pagi Rabu. Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Hasiah Abdullah, 43 tahun, maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta Perodua Viva.