Tutup

Guru ketip telinga murid menggunakan stapler: Tunggu laporan lengkap

Kementerian Pendidikan masih menunggu laporan lengkap berkenaan kejadian guru yang mengetip telinga seorang murid sekolah rendah menggunakan stapler di Likas, Sabah. Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata laporan lengkap insiden itu kini sedang disediakan oleh Jabatan Pendidikan negeri Sabah.