Guru muda aplikasi pembelajaran kreatif dan inovatif

Perkembangan guru muda yang kini dilihat mencabar diri untuk bekerja di luar zon selesa dengan mengaplikasikan pembelajaran kreatif dan inovatif dalam bilik darjah mereka dilihat selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan melaksanakan pembelajaran abad ke-21. Menterinya Dr Maszlee Malik berkata, kaedah pengajaran dan pembelajaran, PDP yang ditonjolkan guru muda melalui pelbagai platform media sosial itu wajar dijadikan contoh dan inspirasi kepada semua peringkat pendidik.