Tutup

Guru sekolah agama direman cabul pelajar

Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah agama di Bandar Baru Bangi, direman empat hari kerana disyaki mencabul enam pelajar sekolah berkenaan sejak 2014. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata pihaknya terima enam laporan berhubung kes itu pada Khamis lepas.