Tutup

Guru terselamat walaupun melecur 40 peratus

Guru tuisyen melecur 40 peratus di anggota badan selepas terperangkap dalam kebakaran yang berlaku di rumahnya di Taman Kenari, Batu 2, Jalan Kuala Ketil, Kedah, pagi tadi. Mangsa, Loo Xiao Hong, 44 tahun, diselamatkan jirannya selepas menyedari mangsa masih berada di dalam rumah terbabit ketika kejadian berlaku.