Had pemanasan global pada 1.5 darjah, signifikan dan mencabar

Sekiranya suhu bumi meningkat melangkaui 1.5 darjah menjelang tahun 2030, kesan pemanasan global akan dirasai semua penduduk dunia. Menurut Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Fredolin Tangang, pendedahan IPCC amat signifikan serta menyeluruh dan menyifatkannya satu usaha yang amat mencabar bagi semua negara di dunia.