Had umur belia: Kerajaan komited walau ada tentangan - Saddiq

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kekal dengan keputusan Dewan Rakyat untuk mengubah had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun, seiring memperkasa suara anak muda. Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata janji kerajaan untuk mereformasikan perkara itu tetap akan ditunaikan biarpun ada kekangan dan bantahan beberapa pihak.