Tutup

Had umur kahwin: Perlu bincang dengan badan agama terlebih dahulu

Cadangan untuk menaikkan had umur perkahwinan perlu dibincangkan dengan lebih teliti dengan badan-badan agama Islam sebelum dibentangkan di Parlimen. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat berkata ini kerana pelbagai perkara perlu diperhalusi sebelum ia dibawa ke peringkat perundangan.