Tutup

Video  | 

Hajat bermain luncur ais tidak kesampaian

Hajat Allahyarham Johan Jasmin untuk bermain luncur ais bersama rakan karib pada hujung minggu ini akhirnya tidak kesampaian. Allahyarham Johan Jasmin, 13 tahun meninggal dunia akibat dipanah petir ketika baru selesai bersukan bersama pelajar lain di Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) Alor Gajah, Melaka. Sewaktu kejadian kira-kira pukul 6 petang Selasa, Johan bersama sekumpulan pelajar lain sedang berjalan masuk ke bangunan asrama sebelum tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri, akibat dipanah petir.