Hajat pesakit kanser ke Legoland ditunaikan

Hati ibu mana yang tidak luluh apabila tidak dapat memenuhi impian anak, tambah-tambah lagi jika anak itu mempunyai penyakit kronik seperti kanser. Itu yang terpaksa ditanggung Norazimah Zain, 36 tahun, yang tidak dapat memenuhi impian anak sulungnya ke Taman Tema Legoland.