Hak Malaysia untuk larang atlet negara Israel datang ke Malaysia

Meskipun cipta sejarah sebagai pemimpin ASEAN pertama dijemput di Kesatuan Oxford, namun kehadiran Dr Mahathir mengundang kritikan dan tekanan daripada komuniti Yahudi di Oxford yang menuduh Tun Mahathir sebagai seorang yang anti-simentik. Pelajar Yahudi Oxford turut mengadakan demonstrasi sebagai tanda protes pada Kesatuan Union yang menjemput Dr Mahathir. Seperti diduga, sesi soal jawab juga dimulai dengan beberapa isu yang berkaitan dengan tindakan Malaysia menghalang kemasukan atlet Israel daripada menyertai Kejohanan Renang Para Dunia di Kuching pertengahan tahun nanti. Dr Mahathir menegaskan adalah menjadi hak Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik bersama Israel dan tiada keperluan atlet negara itu untuk datang ke Malaysia.