Tutup

Hampir pengsan dijilat harimau

Keterujaan untuk melihat kelibat sepasang harimau di Kampung Besol, Bandar Bukit Besi, Dungun, bertukar menjadi pengalaman ngeri. Semuanya bermula apabila pasangan suami isteri, Abdul Fatah Wan Abdul Rahman dan Zarina Khan ke lokasi yang terletak kira-kira tiga kilometer dari kediaman mereka, selepas ramai penduduk keluar untuk menyaksikan harimau berkenaan secara dekat.