Video  | Hiburan

Hantu Kak Limah raih RM1.8 juta di hari pembukaan

Filem francais komedi seram, 'Hantu Mak Limah' catat sejarah selepas raih kutipan tertinggi berjumlah RM1.8 juta pada hari pembukaannya semalam. Kutipan tersebut sekali gus merekodkan filem arahan, Mamat Khalid itu sebagai filem yang menerima kutipan tertinggi di hari pertama ditayangkan kepada umum. Filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold ini membariskan Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida. Anda masih belum berpeluang menonton?. Hantu Kak Limah kini ditayangkan di 133 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.