Hanya 5 peratus daripada 300 ribu pemandu e-hailing carum PERKESO

Hanya lima peratus daripada 300 ribu pemandu pengangkutan awam seluruh negara membuat caruman di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Perkara itu didedahkan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkan kegagalan mencarum hanya merugikan pihak pemandu sekiranya ditimpa kemalangan ketika bertugas.