Hanya tapak kaki ditemui

Usaha mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak berusia dua tahun dilapor hilang sejak jam 9.25 malam semalam di Kampung Serumah, Teng Bukap dekat Padawan Sarawak diaktifkan semula awal pagi ini. Kanak-kanak berkenaan dikenal pasti sebagai Alvincent Amy disedari hilang selepas bermain bersendirian di halaman rumah kira-kira jam 5 petang.