Haramkan Israel masuk Malaysia, tidak jejas industri pelancongan

Ketegasan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu yang melibatkan Israel tidak menjejas kedatangan pelancong asing ke negara ini. Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi ia tidak mengurangkan jumlah pelancong termasuk mereka dari negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.