Video  |  Malaysia

Harapan supaya BN tunaikan janji pilihan raya

Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Sarawak membawa pengertian besar buat kerajaan negeri untuk menerajui tapuk kepimpinan bumi kenyalang ini dengan selesa bagi satu penggal lagi. Mandat besar yang diberikan itu, termasuk peralihan sokongan oleh pengundi Cina di bandar kepada BN menunjukkan rakyat tanpa mengira kaum dan etnik memberikan sokongan padu kepada kerajaan negeri yang diterajui Adenan. Namun, sokongan yang diberikan itu datang juga dengan harapan serta aspirasi rakyat agar, apa yang dijanjikan BN sepanjang kempen pilihanraya negeri akan dikotakan.