Tutup

Harga barang di kedai runcit akan diselaras seperti di KR1M 2.0

Harga jualan semua produk berjenama di kedai runcit akan diselaraskan sebagaimana harga di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 seluruh negara. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia tidak mustahil berlaku dengan strategi perniagaan yang akan dilaksanakan Perbadanan Nasional Berhad (PNS).