Harga barangan basah didapati lebih murah

Skim kawalan harga musim perayaan Hari Raya Puasa 2018 yang dilaksanakan tahun ini menyaksikan harga barang keperluan, khususnya barangan basah berada pada paras terkawal. Hasil tinjauan Astro AWANI mendapati harga ayam dan daging yang lebih rendah ini telah disambut baik oleh orang ramai termasuk peniaga.